Tuesday, May 31, 2011

Windows untuk Tablet akan dipertonton minggu ini

Menurut sumber dari Bloomberg, syarikat gergasi terkenal Microsoft akan memperkenalkan OS berasaskan Windows yang di buat khas untuk tablet.


Selama ini pasaran OS untuk tablet dikuasai oleh Apple iOS yang khas untuk tablet iPad manakala Google Chrome untuk pasaran tablet lain. 

Friday, May 27, 2011

Aplikasi canggih iPad 3D

Sekarang ni tengah popular TV yang menggunakan teknologi 3D, dimana penonton yang menonton menggunakan TV tersebut dapat menikmati segala apa yang dipaparkan seakan - akan terkeluar dari TV dsebut.


Teknologi 3D ini memanipulasi pandangan mata kita dengan menghantar imej ke setiap satu mata kita sedikit berbeza diantara mata kiri dan kanan, menjadikan seolah - olah ada kedalaman dan jarak diantara objek didalam imej yang dipaparkan.


Wednesday, May 25, 2011

Macam mana nak tahu apa itu graphic card

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu graphic card.

Graphic card, atau pelbagai lagi panggilan lain seperti video card, video adapter, GPU, dan sebagainya merupakan sebuah pemproses (Processor) yang berfungsi untuk mengeluarkan data berasaskan gambar dan video ke sesebuah paparan display.

Monday, May 23, 2011

Macam mana nak melajukan semula PC anda Part 2

Sebelum ini saya ada kongsikan tentang cara untuk anda mengembalikan kecekapan komputer anda dalam bahagian 1 di sini. Kali ini saya nak kongsi tentang penggunaan software perisian khas untuk tugas yang sama, namun dengan lebih mendalam.



Tahukah anda bahawa Windows menggunakan sistem pengkalan data yang di panggil "Windows Registry", dimana segala data konfigurasi dan penalaan di simpan di sini.

Friday, May 20, 2011

Macam mana nak bezakan antara Netbook, Laptop dan Tablet? Part 3

Artikel ini adalah merupakan bahagian ke tiga bagi menjelaskan informasi perbezaan antara Netbook, Laptop dan Tablet. Dalam bahagian kali ini saya ingin berkongsi informasi berkaitan komputer berjenis tablet pula.




iPad, produk keluaran syarikat Apple merupakan salah satu contoh dalam kategori ini. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai iPad, sila rujuk di sini.
 Komputer Tablet, atau selalu dipanggil sebagai Tablet sahaja, merupakan 

Thursday, May 19, 2011

Macam mana nak bezakan antara Netbook, Laptop dan Tablet? Part 2

Seperti dijanjikan, kali ini saya nak kongsikan informasi mengenai laptop. Ini adalah bahagian kedua artikel ini. Jika anda berminat untuk mengetahui apa itu Netbook, bolehlah rujuk bahagian pertama.




Laptop adalah sebuah komputer yang direka supaya ianya mudah dibawa kemana mana. Sebuah laptop mempunyai komponen yang berfungsi sama dengan komputer desktop, antaranya skrin paparan, papan kekunci keyboard, alat untuk menunjuk iaitu seperti tetikus atau pad sesentuh (touchpad) dan pembesar suara terbina dalam. 

Wednesday, May 18, 2011

Macam mana nak bezakan antara Netbook, Laptop dan Tablet? Part 1

Ramai yang tertanya - tanya apakah bezanya netbook dan laptop. Pada tahun ini juga kita dapat lihat produk tablet semakin meluas di pasaran.

 Jadi disini saya ingin berkongsi tentang apa itu Netbook, dengan harapan agar maklumat ini dapat membantu anda mengetahui serba sedikit tentang Netbook dan ciri-cirinya.


Tuesday, May 17, 2011

Macam mana nak tahu apa itu iPad?

iPad, adalah sebuah komputer berjenis tablet yang direkacipta oleh syarikat Apple. 



Di pasarkan sebagai platform multimedia serbaguna dimana pengguna boleh membaca buku (e-book), menonton video, mendengar musik, bermain game dan melayari internet. Saiz skrinnya adalah 9.7 inci. Kamera pula hanya  terdapat pada generasi kedua.

Macam mana nak tahu kelemahan dan kelebihan TV LCD

Kali ini saya nak berkongsi tentang kelemahan dan kelebihan TV LCD.



TV LCD menggunakan tenaga elektrik jauh lebih rendah dari TV plasma dan tidak menghasilkan haba sebanyak Plasma. 


TV LCD sesuai untuk

Monday, May 16, 2011

Mark Zuckerberg ditendang keluar dari Facebook

Mark Zuckerberg, lahir pada 14 Mei 1984 merupakan seorang Pengaturcara Komputer dan Entrepreneur Internet. Dia dikenali kerana telah mencipta sebuah website perhubungan social, Facebook, dimana beliau sendiri merupakn CEO dan Presiden.



Facebook didirikan sebagai sebuah syarikat persendirian pada tahun 2004 oleh Zuckerberg dan rakan sekelasnya Dustin Moskovitz, Eduardo Saverin, dan Chris Hughes, dimana mereka merupakan pelajar di Universiti Havard.

Pada tahun 2010, Zuckerberg telah dinobatkan sebagai "Person of the year" oleh majalah Time. Pada tahun 2011, nilai harta miliknya dianggarkan berjumlah $13.5 billion Amerika.


Macam mana nak tahu kelemahan dan kelebihan Plasma

Kali ini saya nak berkongsi tentang kelemahan dan kelebihan teknologi Plasma.



Kelemahan dan Kelebihan  TV Plasma

TV Plasma memberikan paparan sehingga 160 darjah, dimana ianya membolehkan anda melihat dengan jelas paparan TV tersebut dari sudut tepi kiri dan kanan.



Warna yang terhasil adalah

Sunday, May 15, 2011

Macam mana nak tahu perbezaan LCD dengan Plasma TV

Kali ni saya nak kongsi informasi berkenaan perbezaan Plasma TV dengan LCD TV.

Sepertimana yang kita tahu, terdapat beberapa jenis TV di pasaran. Yang pertama ialah CRT, teknologi lama yang mana menggunakan pistol elektron keatas permukaan phosfor untuk menghasilkan warna.

Electron Gun (Pistol Elektron)




 Dibawah adalah gambarajah bagaimana CRT berfungsi.

Tapi teknologi ini sudah tidak praktikal kerana saiznya yang besar dan berat, justeru diabaikan oleh syarikat - syarikat besar seperti Sony, LG dan Samsung dan mereka mengalihkan fokus kepada teknologi Plasma dan LCD.


Jadi apakah itu teknologi Plasma?


Saturday, May 14, 2011

Macam mana nak tahu apa itu pop-up (firefox)

Apa itu pop up? Pop-up window, atau dipangil pop-up sahaja merupakan sebuah window yang tiba tiba keluar tanpa kebenaran anda. Terdapat perlbagai saiz dan rupa tapi selalunya dia tak besar sampai penuh skrin.

Untuk browser firefox, Pop-up blocker telahpun di hidupkan secara automatic, jadi anda tak peru risau tentang cara-cara nak menghidupkan fungsi tersebut.


Friday, May 13, 2011

Macam mana nak tengok cahaya infra red

Kali ini saya nak kongsi tentang cara nak tengok cahaya infra red dari remote control anda. Anda boleh gunakan remote TV, remote astro asalkan ianya menggunakan teknologi infra red

Mula - mula pastikan remote anda ada bateri.. dan bateri tersebut masih berisi.

Thursday, May 12, 2011

Macam mana nak melajukan semula komputer anda

Pada suatu masa anda pasti pernah merasakan yang komputer anda tidak lagi sepantas masa mula-mula dulu. Mungkin jalan paling mudah ialah dengan membeli RAM atau format sahaja komputer tu.

Tapi tak semestinya kita perlu berhabis duit atau bersusah payah format semata-mata untuk melajukan komputer semula. Jika anda menggunakan Windows XP, Vista atau 7, komputer anda dilengkapi beberapa perisian software khas untuk mengemaskini dan menyusun fail-fail anda ketahap optimum semula.


Wednesday, May 11, 2011

Macam mana nak buat kalau anda hadapi masalah membuka folder

Kali ni saya nak berkongsi tentang cara menyelesaikan satu masalah yang memeningkan kepala jika berlaku kepada anda. Masalahnya ialah, apabila anda ingin membuka apa-apa folder, ianya tidak boleh dibuka dan mengeluarkan error seperti di bawah :



Jadi macam mana ni? Nak buka apa-apa folder pun tak boleh. Semalam ok je. Ha harap perkara ni tak berlaku kepada anda, namun jika terkena, jangan risau, saya ada penyelesaiannya. Tips ini untuk pengguna Windows 7


Macam mana ni? 7.5 Juta pengguna Facebook dibawah umur!

Ha macam mana ni? Mengikut survey yang di terbitkan oleh Consumer Reports, 20 juta penggunanya adalah golongan yang sangat muda, manakala 7.5 juta adalah dibawah 13 tahun. Daripada itu 5 juta daripadanya adalah bawah 10 tahun. Wah macam mana diorang dapat access internet ni? guna Iphone ke? 10 Tahun di malaysia baru darjah 4!

Di dalam consumer report tu juga mengatakan,


Macam mana ni? Marahkan PS3, tembak dengan pistol

Bak kata pepatah melayu, marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Kejadian yang menimpa syarikat Sony playstation beberapa minggu lalu dimana server mereka dihack membangkitkan kemarahan pengguna PS3. Untuk pengetahuan anda, PS3 memerlukan anda login ke server mereka dahulu sebelum anda boleh bermain, dan disana tersimpanya data-data peribadi seperti alamat, nama, nombor telefon dan yang paling teruk sekali adalah nombor kad kredit.

Berang dengan kebocoran sekuriti server SONY, seorang pemilik Playstation 3 ini melakukan aksi tak siuman dengan menembak PS3 nya. Lihat video dibawah.
(AMARAN, SILA TUTUP/MUTE  SISTEM AUDIO ANDA KERANA BUNYI KUAT)

Tuesday, May 10, 2011

Macam mana nak post video di youtube?


Sekarang ni ramai yang menghabiskan masa melayari pelbagai video menarik di laman youtube. Ada yang kelakar, ada yang berinfomasi, ada yang belajar memasak ada yang belajar DIY. Kadang kadang kita pun ada video menarik yang hendak dikongsi juga. Macam mana nak post video ke youtube?


 Mula-mula,

Monday, May 9, 2011

Macam mana nak buat kalau komputer anda dah tak boleh masuk windows

Kali ni saya nak kongsi macam mana nak buat kalau komputer anda tiba tiba dah tak boleh masuk windows. Proses yang ditunjukkan dibawah hanya untuk membolehkan anda masuk windows buat kali terakhir dan backup fail dokumen anda di dalam desktop, my documents (atau Library dalam Windows 7). Fail-fail pada hardisk selain c: tidak perlu di backup. namun amatlah disaran untuk berbuat demikian.

Saya menggunakan contoh Windows 7 disini, tapi

Sunday, May 8, 2011

Macam mana nak guna fail format ISO?

Kali ini saya nak kongsi cara macam mana nak guna file berformat ISO. Format ISO adalah format CD atau DVD Image, dimana 1 file ISO sama dengan 1 CD atau DVD. Saiz bergantung pada isi yang ada dalam disc tersebut. Software yang saya sendiri gunakan untuk menggunakan file format ISO ni adalah


Daemon Tools Lite http://www.daemon-tools.cc/eng/products/dtLite
anda boleh memuat turun Daemon tools lite ni secara percuma.

 Setelah anda memuat turun dan install software ini, anda perlulah restart komputer anda.

Selepas restart,


Saturday, May 7, 2011

Macam mana nak tahu apa itu spyware?

Kali ini saya akan berkongsi cara macam mana nak tahu apa it spyware berserta contoh - contohnya.

Spyware secara asasnya merupakan satu sofware yang melaksanakan sesuatu perkara seperti mengeluarkan pop-up iklan, mengumpul data peribadi atau pun mengubah konfigurasi komputer tanpa perngetahuan anda.



Sesetengah spyware menyebabkan komputer anda menjadi perlahan dan kerap crash.

Spyware juga mampu mengubah home page browser anda seperti Internet explorer, firefox dan lain-lain. Spyware juga boleh install plugin atau add-on dengan sendirinya ke dalam browser tersebut.

Contoh - contoh Spyware :

Macam mana nak buat kad ucapan sendiri

Macam mana eh nak buat kad ucapan sendiri guna komputer? Dah boring dengan kad yang ada kat kedai? Atau nak letak gambar sendiri dalam kad tu?

Ha di sini saya ingin berkongsi satu software yang anda boleh beli/cari  untuk membuat kad ucapan sendiri.

Namanya : Greeting Card Factory Photo Card Maker


 

 Software ini membolehkan anda 

Friday, May 6, 2011

Macam mana nak semak keputusan permohonan ke IPTA 2011/2012

Hari ni pada 6 Mei 2011 bermula jam 12:00 tengah hari anda boleh mula semak keputusan permohonan ke IPTA sesi 2011/2012. Terdapat 2 cara menyemak iaitu melalui online, dan melalui SMS.

Jika melalui online, anda perlu pergi ke laman web rasmi permohonan kemasukan ke
IPTA,TEVT & ILKA
 Di sana dibahagikan pula kepada 3 saluran, iaitu :




cara ke dua pula ialah menggunakan SMS

Taip UPU RESULT [NO. KP] dan SMS ke 15888
Contoh : UPU RESULT 930616076007







Macam mana nak download video dari youtube?

Macam mana nak download video dari youtube? Puas dah cari button download x jumpa-jumpa.
Video menarik perlu dikongsi bersama, mana tahu nak tunjuk rakan kat kelas atau pejabat, nak masukkan dalam pendrive.

Memang tak akan jumpa, sebab memang tak ada. Tapi masih ada cara nak download juga, caranya ialah :

Macam mana nak tahu seseorang itu menipu atau tak?

Adakah anda ingin mengetahui sama ada rakan anda itu menipu atau tak? Anda sangsi dengan cerita yang diluahkan rakan anda begitu menarik dan hebat?

Kali ini saya ingin berkongsi tips macam mana nak tahu seseorang tu menipu atau tak. Tips ni hanya berkesan di dunia realiti ya, jadi tak boleh di praktikkan di facebook atau blog ok.
Ketika anda bercakap dengan orang berkenaan, perhati betul – betul (8) tanda-tanda dibawah.

1 – Tengok tangan
Tengok tangan orang berkenaan. Mengikut pakar ‘body language’ atau bahasa badan, seseorang itu akan menyentuh muka dan menggosok hidung ketika sedang menipu.

2 – Tengok mata
Si penipu selalunya tidak mahu tengok mata ke mata dan kerap berkelip.

Thursday, May 5, 2011

Macam mana Osama bin Laden mati

Hangat diperkatakan sekarang ni pasal Osama bin Laden telah ditembak mati oleh tentera US. Kelihatan President Barack Obama dengan bangganya mengumumkan berita tersebut di hadapan media massa di seluruh dunia.

Tapi macam tak percaya. Ada yang kata tipu. Gambar yang disiarkan pun seakan - akan superimpose. Kemudian bercanggah pula dengan cara pengebumian Islam dimana mayat Osama akan dicampak ke laut. Kata nak menghormati Islam.

Dalam suasana ramai orang inginkan jawapan yang kukuh, ada pula sekumpulan manusia yang cuba menerangkan semula macam mana kejadian tembak menembak itu berlaku dalam bentuk Animasi.

Mari kita tonton video Macam mana Osama bin Laden mati ditembak.


Macam mana nak tahu warna yang dipaparkan di skrin kita ni betul?

Jika anda nak tahu, setiap monitor skrin tak kisahlah skrin komputer, TV, laptop semuanya menghasilkan warna yang tidak sama. Lagi-lagi kalau jenama lain-lain. Boleh nampak perbezaannya.  Mungkin anda tak kisah sekarang ni, janji boleh tengok sudahlah. Tapi jika anda ingin mencetak apa apa hasil kerja berwarna atau gambar atau artwork yang dihasilkan dengan apa apa software seperti photoshop, masa itu lah anda akan pelik kenapa warna yang di print tak sama dengan di skrin.

Mungkin anda meneka tentang penggunaan RGB dan CMYK (bagi yang tahu pasal grafik).

Tapi ada juga sebab lain.

Satu sebabnya ialah :

Color calibration atau Penalaan warna. Kalau penalaan warna monitor skrin anda tak betul, warna yang dipaparkan akan lari dari spesifikasi asal. contoh seperti dibawah

Anda inginkan warna merah seperti di bahagian kiri sekali tapi apa yang terhasil bila print adalah warna merah juga tapi mempunyai hue seperti pink (lihat contoh tengah) ataupun yang kanan sekali

Ini adalah kerana apa yang anda nampak di skrin tak sama dengan kod warna yang direkodkan oleh komputer.

Untuk mengatasi masalah ni, kita boleh menala (calibrate) warna pada komputer kita... Caranya ialah :


Macam mana nak tengok suhu hardisk dan CPU



Macam mana nak tengok suhu hardisk dan CPU anda? ha pegi la beli thermometer kat farmasi.. haha
Ataupun satu cara lagi ialah dengan menggunakan software tool khas. Software ini adalah :


Wednesday, May 4, 2011

Macam mana nak buang suara dari lagu?

Mengikut kata P.Ramlee, Irama dan lagu tak boleh nak dipisahkan. Tapi adakah itu bermaksud suara penyanyi tidak boleh dipisahkan dari lagunya? haha dengan kemajuan teknologi, kini kita dapat buat benda macam ni. Senang je, mula2, anda kena beli/cari software Adobe Audition. sekarang yang terbaru adalah version 3 (tahun 2011).



Kemudian,

Macam mana nak belajar percuma

Kali ni saya nak kongsi tentang cara nak belajar secara percuma di Malaysia. Jika anda tak tahu, kerajaan ada menyediakan kursus percuma, yang mana anda tidak perlu bayar apa-apa pun. Tambahan lagi, jika anda bernasib baik, anda akan dapat kursus yang memberi elaun sara diri sekali!.

Macam mana nak buat kalau video tak boleh play




Pos kali ini adalah untuk berkongsi pengalaman saya masa zaman kolej dulu. Selalunya kalau buat presentation, orang selalu guna powerpoint. Tapi kadang2 kita nak guna video juga.

Kalau guna laptop sendiri waktu presentation rasanya tak ada masalah, tapi kalau kena guna komputer di lab, dimana kita perlu bawa file tersebut hanya menggunakan pendrive atau CD,  masa itulah masalah video tak boleh dibuka akan berlaku.. haha pelik kan. kenapa boleh buka kat komputer kita tapi dekat komputer lab tak boleh buka.

Macam mana eh?

Macam mana eh ialah blog yang memberi maklumat tentang macam mana nak buat sesuatu, repair ke, elektronik ke, memasak ke, melukis ke apa apa lah. Tujuan blog ni dibuat adalah untuk berkongsi pengalaman dan kemahiran yang terpendam di lubuk hati sanubari.. Anda juga boleh sama2 menjadi rakan blog ini untuk post apa2 skill yang ingin di kongsi.

Selamat ber-blog!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...