ads
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Saturday, July 2, 2011

Tablet dari HP - Touchpad

HP, nama yang cukup besar dalam dunia komputer kini melancarkan produk kategori tabletnya iaitu HP Touchpad.


Dari luaran ianya nampak seperti tablet di pasaran yang bukan dibuat oleh Apple contohnya macam Samsung Galaxy Tab, Motorola Xoom dan tablet dari China. Namun HP mengambil inisiatif untuk membawa kelainan dimana jika kesemua tablet yang tersebut sebelum ini menggunakan OS Android, HP mencipta OSnya sendiri dipanggil webOS.


Tuesday, June 28, 2011

Jam tanpa muka

Dengan peredaran masa semakin kehadapan semua benda semakin kearah futuristik dan lebih kepada gaya berbanding pengunaan secara praktikal. Jam contohnya sekarang telahpun dilengkapi pemain mp3 dan yang terbaru jam LED yang memberitahu masa dengan paparan tidak bernombor.

Kini pereka dari Hammacher mencipta sebuah jam yang tidak bermuka pula.


Sekali pandang macam seutas jam tangan yang dipakai terbalik. Tiada rupa jam, lebih kepada gelang rantai. Ianya tidaklah begitu canggih dengan pemain mp3 dan segalanya namun ianya lebih kepada pengumpul yang inginkan kelainan dan gaya futuristik.

Apa yang pengguna perlubuat hanyalah menekan butan ditepinya dan nombor akan dipaparkan dari celah - celah garisan jam tersebut


Wednesday, June 22, 2011

Firefox 5 dilancarkan

Anda pengguna Firefox? Baru sahaja semalam 21 Jun 2011 Firefox 5 telahpun dilancarkan.

Fungsi Terbaru Firefox 5 :

- Fungsi "Do not Track", menghindarkan apa apa aplikasi dan website dari menjejak anda
- Menyokong animasi CSS, sebagai alternatif kepada Flash
- Naiktaraf sokongan HTML 5, MathML, XHR dan SMIL
- Sokongan lebih baik terhadap javascript dan Canvas

Apa -apa pun jom download Firefox 5 dan cuba sendiri:


Friday, June 17, 2011

Rangkaian Sosial penggalak Anti sosial?

Kewujudan pelbagai laman rangkaian sosial (Social Networking) seperti Facebook, Twitter dan lain-lain membolehkan kita berhubung dengan mudah. Dengan hanya memerlukan jaringan internet, sebuah komputer ataupun telefon pintar, dan petikan di hujung jari, maklumat terkini dapat disampaikan di seluruh dunia. 


Tapi betulkah laman-laman ini memudahkan perhubungan? Bukankah ianya semakin menjauhkan kita dengan yang lain? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...