ads
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Friday, June 17, 2011

Rangkaian Sosial penggalak Anti sosial?

Kewujudan pelbagai laman rangkaian sosial (Social Networking) seperti Facebook, Twitter dan lain-lain membolehkan kita berhubung dengan mudah. Dengan hanya memerlukan jaringan internet, sebuah komputer ataupun telefon pintar, dan petikan di hujung jari, maklumat terkini dapat disampaikan di seluruh dunia. 


Tapi betulkah laman-laman ini memudahkan perhubungan? Bukankah ianya semakin menjauhkan kita dengan yang lain? 


Pada masa dahulu kita popular dengan cerita kedai kopi, duduk semeja di kedai mamak, order air minum secawan dan sembang bergelak ketawa. Yang rajin menelaah pula akan ke perpustakaan dan pondok - pondok di sekolah, duduk bersama- sama membaca buku dan mengulangkaji. 


Sekarang ni, kalau pergi bersama rakan -rakan, duduk semeja, tak sempat bersembang lagi telefonnya berbunyi. Tersengeh-sengeh membaca SMS, tiba-tiba seorang lagi telefon blackberrynya mengeluarkan  bunyi messenger. Bila masanya nak mulakan kata-kata? Sedang makan pula, diambilnya hanfon canggihnya itu lalu sibuk menaip. "Sedapnya nasi goreng ni" mesejnya di Twitter.

Jauh dari menghubungkan, adakah laman - laman sosial ini menjauhkan sillaturahim sesama kita? Dunia semakin ke alam maya dari menghadap realiti.

Facebook adalah sebuah projek yang sangat utuh, mempunyai pelabur yang kukuh dari kerjasama syarikat - syarikat besar di Silicon Valley. 



Ianya sebuah eksperimen sosial, menyebarkan konsep liberalisasi ke serata dunia. Di Facebook, anda bebas untuk menjadi apa yang anda hendak, asalkan anda tidak kisah dihujani pelbagai iklan dari pelbagai syarikat dan jenama terkemuka. Konsep dunia tanpa sempadan kini adalah kisah lampau.

Kajian mendapati bahawa rakan dipanggil "Friends" di Facebook bukanlah rakan anda yang sebenar, dan 40% responden berkata mereka menambah rakan "add friends" di Facebook hanya kerana ianya mudah. 

Facebook tiada mekanisma yang bijak untuk mengenali siapa rakan anda paling rapat dan siapa yang anda ingin menjadi rakan karib anda. Rangkaian sosial memudahkan pengguna untuk mengumpul rakan dengan cepat dan mudah. Walaubagaimanapun rangkaian sosial kekurangan satu benda yang penting, iaitu ukuran dasar perhubungan (Depth in relationship).

Kajian lain pula mendapati pengguna rangkaian sosial sukar untuk mengenalpasti berapa rapat keakraban mereka diantara rakan - rakan di dalam talian. Contohnya, satu kajian untuk mengetahui keselesaan mereka dalam berkongsi maklumat dengan rakan di Facebook. Mereka ditanyakan soalan berikut :

Anak saya telahpun menerima ijazah (92.8% rasa mesej ini perlu)
Ayah telah meninggal dunia malam tadi (57.2% rasa mesej ini perlu)
Isteri telah meninggalkan saya (10% sahaja ianya perlu)

Walaupun mesej ini kelihatan keterlaluan, namun apa yang menariknya disini adalah ramai responden yang merasakan teragak - agak, adakah perlu untuk meluahkan emosi tanpa dipandang enteng oleh orang lain.

Kajian lain pula mendapati 4 daripada 4 (4/4) respoden mengatakan Facebook tidak membawa perhubungan social mereka ketahap lebih baik.

Jadi adakah Facebook boleh dikatakan sebagai rangkaian "perhubungan sosial"?

sumber :  fastcompany.com, businesspundit.com, guardian.co.uk
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...