ads
ads ads ads ads ads ads ads ads ads
Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Saturday, July 2, 2011

Tablet dari HP - Touchpad

HP, nama yang cukup besar dalam dunia komputer kini melancarkan produk kategori tabletnya iaitu HP Touchpad.


Dari luaran ianya nampak seperti tablet di pasaran yang bukan dibuat oleh Apple contohnya macam Samsung Galaxy Tab, Motorola Xoom dan tablet dari China. Namun HP mengambil inisiatif untuk membawa kelainan dimana jika kesemua tablet yang tersebut sebelum ini menggunakan OS Android, HP mencipta OSnya sendiri dipanggil webOS.


Tuesday, June 28, 2011

Jam tanpa muka

Dengan peredaran masa semakin kehadapan semua benda semakin kearah futuristik dan lebih kepada gaya berbanding pengunaan secara praktikal. Jam contohnya sekarang telahpun dilengkapi pemain mp3 dan yang terbaru jam LED yang memberitahu masa dengan paparan tidak bernombor.

Kini pereka dari Hammacher mencipta sebuah jam yang tidak bermuka pula.


Sekali pandang macam seutas jam tangan yang dipakai terbalik. Tiada rupa jam, lebih kepada gelang rantai. Ianya tidaklah begitu canggih dengan pemain mp3 dan segalanya namun ianya lebih kepada pengumpul yang inginkan kelainan dan gaya futuristik.

Apa yang pengguna perlubuat hanyalah menekan butan ditepinya dan nombor akan dipaparkan dari celah - celah garisan jam tersebut


Wednesday, June 22, 2011

Firefox 5 dilancarkan

Anda pengguna Firefox? Baru sahaja semalam 21 Jun 2011 Firefox 5 telahpun dilancarkan.

Fungsi Terbaru Firefox 5 :

- Fungsi "Do not Track", menghindarkan apa apa aplikasi dan website dari menjejak anda
- Menyokong animasi CSS, sebagai alternatif kepada Flash
- Naiktaraf sokongan HTML 5, MathML, XHR dan SMIL
- Sokongan lebih baik terhadap javascript dan Canvas

Apa -apa pun jom download Firefox 5 dan cuba sendiri:


Friday, June 17, 2011

Rangkaian Sosial penggalak Anti sosial?

Kewujudan pelbagai laman rangkaian sosial (Social Networking) seperti Facebook, Twitter dan lain-lain membolehkan kita berhubung dengan mudah. Dengan hanya memerlukan jaringan internet, sebuah komputer ataupun telefon pintar, dan petikan di hujung jari, maklumat terkini dapat disampaikan di seluruh dunia. 


Tapi betulkah laman-laman ini memudahkan perhubungan? Bukankah ianya semakin menjauhkan kita dengan yang lain? 

Thursday, June 16, 2011

Respon Anonymous - Operation Malaysia

Sudah heboh dari akhbar the Star, blog, facebook hinggalah ke TV3, bahawasanya satu group dipanggil anonymous ingin menyerang web portal kerajaan Malaysia.

Adakah ianya benar?

Kumpulan Anonymous pernah menyerang beberapa website penting di Korea Selatan pada Julai 2009 manakala serangan ke atas South bank di lokasi sama juga pada bulan Mei 2011, namun adakah Anonymous Operation Malaysia ini adalah penyerang yang sama? 

Thursday, June 9, 2011

Sony memperkenalkan Monitor 3D berjenama Playstation

Playstation, iaitu konsol permainan terkenal dari syarikat Sony merupakan antara konsol yang popular dikalangan pemain Games. Pada masa ini Playstation terdapat dalam 2 variasi iaitu versi konsol untuk TV dan lagi satu versi mudah alih iaitu Playstation Portable atau lebih senang dipanggil PSP.

 
Demi memuaskan lagi pemain-pemain Games ini, Sony mengeluarkan 3D monitor yang berjenama "Playstation" buat pertama kalinya semalam.

Friday, June 3, 2011

Macam Mana ni? Jual buah pinggang untuk iPad 2

Seorang budak lelaki berumur 17 tahun di negara China sanggup menjual buah pinggangnya kerana mahu membeli iPad 2 dan sebuah komputer. 

Buah pinggangnya dijual pada 22,000 yuan iaitu bersamaan RM10,218. Budak itu berkata beliau tidak mampu untuk memiliki iPad 2 itu dan bersungguh - sungguh mahukannya. 



Thursday, June 2, 2011

Microsoft memperkenalkan preview Windows 8

Presiden Microsoft Steven Sinofsky's memperkenalkan OS Windows 8 semalam. Dari rupa luaran ianya kelihatan seperti antaramuka metro OS Windows Phone 7. OS ini dicipta khas untuk diakses dengan sentuhan.

Terdapat 2 jenis aplikasi untuk Windows 8, satunya yang dijalankan sama seperti desktop biasa, manakala satu lagi adalah berasaskan HTML5 dan Javascript, seperti yang biasa digunakan untuk peralatan mudah alih seperti tablet dan telefon bimbit pintar. 

AMD Memperkenalkan Pemproses untuk Pasaran Tablet

Walaupun pasaran tablet seakan sudah tepu dengan pemproses dari ARM, ini tidak bermakna AMD akan lepas tangan sahaja. 

 
Diwar warkan di Computex 2011 di Taipei yang bermula 31 Mei hingga 4 Jun ini, AMD melancarkan siri AMD Z APU (Advance Processing Unit) khas untuk pasaran tablet.

Wednesday, June 1, 2011

Ultrabook sebagai pencabar iPad?

Syarikat chip gergasi Intel kini dalam usaha untuk menyaingi pasaran tablet yang didominasi oleh iPad dan tablet lain dengan mengeluarkan laptop yang nipis dipanggil "Ultrabook".

Ultrabook dikhabarkan mempunyai ketebalan kurang dari 1 inci, bateri yang boleh tahan sehingga sehari dalam mode tersedia (Standby) dan boot up dalam masa beberapa saat sahaja.

Sebagai perbandingan iPad generasi pertama merekodkan 24 saat masa boot up manakala iPad 2 memerlukan 22 saat. Tablet Motorola Xoom pula mencatatkan rekod boot up selama 34 saat!

Tuesday, May 31, 2011

Windows untuk Tablet akan dipertonton minggu ini

Menurut sumber dari Bloomberg, syarikat gergasi terkenal Microsoft akan memperkenalkan OS berasaskan Windows yang di buat khas untuk tablet.


Selama ini pasaran OS untuk tablet dikuasai oleh Apple iOS yang khas untuk tablet iPad manakala Google Chrome untuk pasaran tablet lain. 

Friday, May 27, 2011

Aplikasi canggih iPad 3D

Sekarang ni tengah popular TV yang menggunakan teknologi 3D, dimana penonton yang menonton menggunakan TV tersebut dapat menikmati segala apa yang dipaparkan seakan - akan terkeluar dari TV dsebut.


Teknologi 3D ini memanipulasi pandangan mata kita dengan menghantar imej ke setiap satu mata kita sedikit berbeza diantara mata kiri dan kanan, menjadikan seolah - olah ada kedalaman dan jarak diantara objek didalam imej yang dipaparkan.


Monday, May 16, 2011

Mark Zuckerberg ditendang keluar dari Facebook

Mark Zuckerberg, lahir pada 14 Mei 1984 merupakan seorang Pengaturcara Komputer dan Entrepreneur Internet. Dia dikenali kerana telah mencipta sebuah website perhubungan social, Facebook, dimana beliau sendiri merupakn CEO dan Presiden.



Facebook didirikan sebagai sebuah syarikat persendirian pada tahun 2004 oleh Zuckerberg dan rakan sekelasnya Dustin Moskovitz, Eduardo Saverin, dan Chris Hughes, dimana mereka merupakan pelajar di Universiti Havard.

Pada tahun 2010, Zuckerberg telah dinobatkan sebagai "Person of the year" oleh majalah Time. Pada tahun 2011, nilai harta miliknya dianggarkan berjumlah $13.5 billion Amerika.


Wednesday, May 11, 2011

Macam mana ni? 7.5 Juta pengguna Facebook dibawah umur!

Ha macam mana ni? Mengikut survey yang di terbitkan oleh Consumer Reports, 20 juta penggunanya adalah golongan yang sangat muda, manakala 7.5 juta adalah dibawah 13 tahun. Daripada itu 5 juta daripadanya adalah bawah 10 tahun. Wah macam mana diorang dapat access internet ni? guna Iphone ke? 10 Tahun di malaysia baru darjah 4!

Di dalam consumer report tu juga mengatakan,


Macam mana ni? Marahkan PS3, tembak dengan pistol

Bak kata pepatah melayu, marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Kejadian yang menimpa syarikat Sony playstation beberapa minggu lalu dimana server mereka dihack membangkitkan kemarahan pengguna PS3. Untuk pengetahuan anda, PS3 memerlukan anda login ke server mereka dahulu sebelum anda boleh bermain, dan disana tersimpanya data-data peribadi seperti alamat, nama, nombor telefon dan yang paling teruk sekali adalah nombor kad kredit.

Berang dengan kebocoran sekuriti server SONY, seorang pemilik Playstation 3 ini melakukan aksi tak siuman dengan menembak PS3 nya. Lihat video dibawah.
(AMARAN, SILA TUTUP/MUTE  SISTEM AUDIO ANDA KERANA BUNYI KUAT)

Friday, May 6, 2011

Macam mana nak semak keputusan permohonan ke IPTA 2011/2012

Hari ni pada 6 Mei 2011 bermula jam 12:00 tengah hari anda boleh mula semak keputusan permohonan ke IPTA sesi 2011/2012. Terdapat 2 cara menyemak iaitu melalui online, dan melalui SMS.

Jika melalui online, anda perlu pergi ke laman web rasmi permohonan kemasukan ke
IPTA,TEVT & ILKA
 Di sana dibahagikan pula kepada 3 saluran, iaitu :




cara ke dua pula ialah menggunakan SMS

Taip UPU RESULT [NO. KP] dan SMS ke 15888
Contoh : UPU RESULT 930616076007







Thursday, May 5, 2011

Macam mana Osama bin Laden mati

Hangat diperkatakan sekarang ni pasal Osama bin Laden telah ditembak mati oleh tentera US. Kelihatan President Barack Obama dengan bangganya mengumumkan berita tersebut di hadapan media massa di seluruh dunia.

Tapi macam tak percaya. Ada yang kata tipu. Gambar yang disiarkan pun seakan - akan superimpose. Kemudian bercanggah pula dengan cara pengebumian Islam dimana mayat Osama akan dicampak ke laut. Kata nak menghormati Islam.

Dalam suasana ramai orang inginkan jawapan yang kukuh, ada pula sekumpulan manusia yang cuba menerangkan semula macam mana kejadian tembak menembak itu berlaku dalam bentuk Animasi.

Mari kita tonton video Macam mana Osama bin Laden mati ditembak.


Wednesday, May 4, 2011

Macam mana nak belajar percuma

Kali ni saya nak kongsi tentang cara nak belajar secara percuma di Malaysia. Jika anda tak tahu, kerajaan ada menyediakan kursus percuma, yang mana anda tidak perlu bayar apa-apa pun. Tambahan lagi, jika anda bernasib baik, anda akan dapat kursus yang memberi elaun sara diri sekali!.

Macam mana eh?

Macam mana eh ialah blog yang memberi maklumat tentang macam mana nak buat sesuatu, repair ke, elektronik ke, memasak ke, melukis ke apa apa lah. Tujuan blog ni dibuat adalah untuk berkongsi pengalaman dan kemahiran yang terpendam di lubuk hati sanubari.. Anda juga boleh sama2 menjadi rakan blog ini untuk post apa2 skill yang ingin di kongsi.

Selamat ber-blog!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...