ads
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Friday, May 27, 2011

Aplikasi canggih iPad 3D

Sekarang ni tengah popular TV yang menggunakan teknologi 3D, dimana penonton yang menonton menggunakan TV tersebut dapat menikmati segala apa yang dipaparkan seakan - akan terkeluar dari TV dsebut.


Teknologi 3D ini memanipulasi pandangan mata kita dengan menghantar imej ke setiap satu mata kita sedikit berbeza diantara mata kiri dan kanan, menjadikan seolah - olah ada kedalaman dan jarak diantara objek didalam imej yang dipaparkan.




Namun demikian, penonton dikehendaki memakai kaca mata khas untuk menonton TV 3D tersebut.




Selangkah kehadapan, kini terdapat sekumpulan penyelidik dari Perancis yang mencipta aplikasi untuk iPad yang membolehkan pengguna melihat paparan 3D juga. 

Namun boleh dikatakan lebih canggih, kerana ia mengguna camera hadapan  iPad untuk mengecam kedudukan kepala pengguna untuk menentukan dari arah dan sudut mana pengguna melihat skrin.

Lihat sendiri video ini untuk melihat kecanggihan teknologi ini




Diharap maklumat diatas menjadi informasi berguna buat anda.
Sebarang komen dan cadangan bolehlah post di ruangan komen di bawah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...