Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu graphic card.
Graphic card, atau pelbagai lagi panggilan lain seperti video card, video adapter, GPU, dan sebagainya merupakan sebuah pemproses (Processor) yang berfungsi untuk mengeluarkan data berasaskan gambar dan video ke sesebuah paparan display.
Namun ramai yang memanggil graphic card sebagai nama asas kepada GPU walaupun PC/laptop mereka tidak ada graphic card pun. Graphic card yang sebenar merupakan gabungan pemproses GPU dan board elektronik yang mana memudahkan pengguna membeli, memilih dan memasang graphic card tersebut ke PC mereka sendiri.
Dibawah adalah contoh bagaimana rupa graphic card yang sebenar.
Dan dibawah pula ditunjukkan sebuah papan elektronik graphic card yang telahpun dibuka kipas dan pengalih habanya.
Dan dibawah ini bagaimana ianya dipasang ke PC berjenis desktop.
Terdapat pelbagai jenis soket sambungan untuk menghubungkan antara graphic card tersebut dengan sebarang paparan seperti monitor, TV atau projektor. Dibawah adalah contoh soket sambungan yang berada di belakang kebanyakan graphic card.
Di bahagian 2 artikel ini akan saya kongsikan informasi tentang graphic card dengan lebih mendalam.
Diharap maklumat diatas menjadi informasi berguna buat anda.
Sebarang komen dan cadangan bolehlah post di ruangan komen di bawah.