Sebelum ini saya ada kongsikan tentang cara untuk anda mengembalikan kecekapan komputer anda dalam bahagian 1 di sini. Kali ini saya nak kongsi tentang penggunaan software perisian khas untuk tugas yang sama, namun dengan lebih mendalam.
Tahukah anda bahawa Windows menggunakan sistem pengkalan data yang di panggil "Windows Registry", dimana segala data konfigurasi dan penalaan di simpan di sini.
Terkandung didalamnya adalah komponen - komponen asas yang penting bagi sesebuah OS (Operating System) bersama - sama data berkaitan aplikasi yang dipasang kemudian.
Antara data - data tersebut adalah "Kernel" (dibincangkan dalam topik tablet di sini), device driver, services, antara muka dan aplikasi lain yang dipasang kemudian.
Namun "Registry" ini terdedah dengan ketidak seimbangan dan huru hara dalam penggunaan harian. Ini adalah disebabkan setiap kali sesebuah aplikasi dipasang ke dalam komputer, pengkalan data tersebut tidak disusun kemas semasa data dimasukkan.
Dan apabila aplikasi tersebut dibuang, data yang di susutkan dari pengkalan tersebut menjadi lompong, menyebabkan penggunaan ruang yang besar dan tidak efisyen. OS Windows menjadi semakin lambat kerana terpaksa melalui data - data yang berterabur dan besar meskipun ruangan tersebut kosong.
Untuk mengemaskan pengkalan data "Registry" ini, anda perlukan software khas. Saya amat menggalakkan anda menggunakan software "PC Tools Performance Kit"
Software ini membantu anda mengemaskini semula pengkalan data, menjadikan OS windows anda menjadi cepat dan efisyen. Ianya juga bukan sahaja menyusun, malah membersihkan, memadam sisa dan membaik pulih pengkalan data "Registry" dengan beberapa klik tetikus anda.
Disertakan bersama - sama ini adalah Hard Disk Tools, iaitu tools yang berupaya memeriksa dan menyusun semula data-data dalam hardisk anda agar lebih pantas dan efisyen.
Diharap maklumat diatas menjadi informasi berguna buat anda.
Sebarang komen dan cadangan bolehlah post di ruangan komen di bawah.