ads
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Thursday, May 12, 2011

Macam mana nak melajukan semula komputer anda

Pada suatu masa anda pasti pernah merasakan yang komputer anda tidak lagi sepantas masa mula-mula dulu. Mungkin jalan paling mudah ialah dengan membeli RAM atau format sahaja komputer tu.

Tapi tak semestinya kita perlu berhabis duit atau bersusah payah format semata-mata untuk melajukan komputer semula. Jika anda menggunakan Windows XP, Vista atau 7, komputer anda dilengkapi beberapa perisian software khas untuk mengemaskini dan menyusun fail-fail anda ketahap optimum semula.




Di sini saya ingin berkongsi cara menggunakan defrag tools.

Mula-mula, apa hanya perlu buat ialah pergi ke My computer, pilih mana mana satu hardisk, right click, dan pilih properties



Kemudian,pilih tab Tools seperti ditunjukkan gambar dibawah.



Kemudian anda tekan "Defragment now". Setelah anda tekan, window Disk Defragmenter akan keluar seperti gambar di bawah.

 Pilih hardisk yang anda hendak kemudian tekan start operation.

Tunggu hingga siap. Sementara itu anda bolehlah sambung melayari internet anda.

Diharap maklumat diatas menjadi informasi berguna buat anda.
Sebarang komen dan cadangan bolehlah post di ruangan komen di bawah.
Terima Kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...