Kali ini saya nak kongsi tentang cara nak tengok cahaya infra red dari remote control anda. Anda boleh gunakan remote TV, remote astro asalkan ianya menggunakan teknologi infra red
Mula - mula pastikan remote anda ada bateri.. dan bateri tersebut masih berisi.
Kemudian anda perlukan digital camera atau Vidcam. Kamera handphone anda pun ok.Kamera DSLR tak boleh digunakan kerana tiada fungsi lihat di skrin sebelum tangkap.
ON kamera anda, pastikan dalam mode rakam, dan tengok melalui skrin LCD kamera tersebut.
Pegang remote control tersebut menghadap ke lensa kamera. Tak perlu dekat sangat, asal nampak sudah.
Tekan apa apa butang di remote control tersebut. anda akan dapat lihat cahaya infra red yang dihasilkan.
Tengok cahaya infrared tersebut melaui skrin LCD kamera anda. Anda akan dapat lihat cahaya keunguan. Itulah cahaya infra red.
Sebarang komen dan cadangan bolehlah post di ruangan komen
Sekian Terima Kasih.
Sekian Terima Kasih.