Artikel ini adalah merupakan bahagian ke tiga bagi menjelaskan informasi perbezaan antara Netbook, Laptop dan Tablet. Dalam bahagian kali ini saya ingin berkongsi informasi berkaitan komputer berjenis tablet pula.
iPad, produk keluaran syarikat Apple merupakan salah satu contoh dalam kategori ini. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai iPad, sila rujuk di sini.
Komputer Tablet, atau selalu dipanggil sebagai Tablet sahaja, merupakan
sebuah komputer mudah alih yang lebih besar dari saiz telefon bimbit atau PDA, dibina didalam sebuah skrin sesentuh.
sebuah komputer mudah alih yang lebih besar dari saiz telefon bimbit atau PDA, dibina didalam sebuah skrin sesentuh.
Penggunaan tablet memerlukan sentuhan jari atau pen. Ianya disertakan degan antaramuka keyboard maya dimana keyboard tersebut hanya merupakan paparan grafik di skrin.
Ada juga komputer riba berjenis tablet sepertimana saya kongsikan di sini, namun semenjak tahun 2010, Tablet dan komputer riba berjenis tablet telah dikategorikan secara berasingan kerana sistem, spesifikasi dan OS (Operating system) yang digunakan sangat berbeza.
Komputer riba berjenis tablet biasanya merupakan sebuah komputer biasa cuma ianya dilengkapi skrin sesentuh.
Kebanyakan komputer riba jenis ini memerlukan pen stylus, sejenis pen khas yang digunakan pada skrin sesentuh. Ini adalah kerana OS yang digunakan seperti Windows memerlukan sentuhan yang tepat pada ikon atau perkataan link tertentu, yang mana terlalu kecil untuk ditekan menggunakan jari.
Semenjak tahun 2010, komputer tablet dicipta dengan menggunakan OS khas, mempunyai antaramuka berbeza dan sistem dalaman yang berlainan.
Tablet jenis ini selalunya direka untuk diakses menggunakan jari sepenuhnya dan juga multi sentuhan, dimana skrin tersebut boleh menerima maklumat sentuhan lebih dari satu jari. Yang pertama mengeluarkan tablet jenis ini adalah dari syarikat Apple iaitu iPad.
Untuk iPad, OS yang digunakan ialah iOS dan versi terbaru pada waktu artikel ini ditulis (Mei 2011) adalah versi 4.3.
Tablet selain dari iPad pada masa ini menggunakan OS yang dibuat oleh syarikat Android Inc. iaitu Android OS. Pada tahun 2005, syarikat gergasi Google telah membeli syarikat ini. Versi terbarunya adalah 2.2 pada masa ini. Android OS adalah berasaskan kernel linux, dimana kernal merupakan komponen utama dalam sesebuah Operating system.
Sebarang komen dan cadangan bolehlah post di ruangan komen di bawah.