Seperti dijanjikan, kali ini saya nak kongsikan informasi mengenai laptop. Ini adalah bahagian kedua artikel ini. Jika anda berminat untuk mengetahui apa itu Netbook, bolehlah rujuk bahagian pertama.
Laptop adalah sebuah komputer yang direka supaya ianya mudah dibawa kemana mana. Sebuah laptop mempunyai komponen yang berfungsi sama dengan komputer desktop, antaranya skrin paparan, papan kekunci keyboard, alat untuk menunjuk iaitu seperti tetikus atau pad sesentuh (touchpad) dan pembesar suara terbina dalam.
Gambar dibawah adalah touch pad.
Laptop dijana dengan kuasa elektrik melalui sebuah adapter, namun boleh digunakan sepenuhnya dengan kuasa bateri yang disertakan. Dibawah adalah gambar bateri.
Setiap kali adapter dipasang, bateri akan mula dicas, tidak kira sama ada komputer itu dihidupkan atau tak. Dibawah adalah gambar adapter.
Terdapat beberapa jenis laptop di pasaran, iaitu Netbook, Tablet PC dan Desktop Replacement.
Saya telahpun membincangkan mengenai Netbook sebelum ini, dimana walaupun Netbook merupakan salah satu kategori laptop, namun disebabkan harga, saiz dan spesifikasi komponennya, netbook boleh dikategorikan secara berasingan dari Laptop.
Laptop biasanya dikuasakan oleh pemproses berjenis mobile, dan terdapat beberapa model terkini dipasaran (2011), iaitu dari syarikat intel dan syarikat AMD.
Desktop Replacement (DTR) atau pengganti desktop adalah kategori Laptop yang memberi fungsi dan keupayaan hampir setaraf dengan komputer berjenis desktop. Gambar menunjukkan laptop berjenama EUROCOM d901C PHANTOM i7 yang menggunakan intel core i7 Quad Core dan XEON
Kebanyakan syarikat pengeluar melabelkan laptop jenis ini sebagai Performance series, Mobile Workstation dan Gaming Laptop. Desktop replacement selalunya lebih besar dan berat berbanding laptop biasa. Kategori ini disertakan skrin yang besar dan berupaya memaparkan paparan kualiti HD (High Definition).
Selain dari rupa luaran, dalamannya dilengkapi pemproses CPU yang lebih tinggi. Pada waktu artikel ini ditulis (Mei 2011), pemproses yang digunakan dalam kategori ini adalah dari siri Core i7 2630QM hingga 2730QM.
Pemproses grafik yang disertakan adalah dari spesifikasi tinggi dari AMD Radeon HD 6970M dan NVIDIA GTX 460M.
Walaupun spesifikasi yang diberikan cukup menarik, namun harus diingat bahawa harganya juga agak mahal dari laptop biasa.
Laptop berjenis tablet adalah sebuah laptop yang mempunyai skrin yang boleh diputar 180 darjah supaya ianya boleh ditutup dalam keadaan skrin menghadap keatas.
Tujuannya adalah untuk pengguna menggunakan skrin sebagai paparan dan input komputer tersebut, dimana pengguna boleh melukis dan menulis dengan sentuhan atau menggunakan pen.
Harganya bergantung pada spesifikasi binaan dalam laptop tablet tersebut, dan selalunya lebih mahal sikit dari laptop biasa namun lebih murah dari jenis keupayaan tinggi (Performance Series).
Pada tahun 2008, jualan laptop dikatakan melebihi jualan komputer desktop buat pertama kali dalam sejarah.
Walaupun keupayaan desktop dan laptop kelas pertengahan (mainstream) nampak seperti setaraf, dan juga harga laptop juga turun mendadak daripada komputer jenis desktop, namun laptop tetap lebih mahal dari komputer desktop yang sama pantas dengannya.
Keupayaan laptop model tertinggi (Performance) masih lebih rendah berbanding keupayaan desktop jenis tertinggi. Selalunya teknologi terbaru akan dilancarkan pada platform desktop dahulu, sehingga teknologi tersebut matang, barulah ianya diadaptasi ke platform laptop.
Keupayaan pemproses graphic (GPU performance) yang tertinggi juga selalunya dibelakang model terbaik dari desktop.
Ada juga syarikat yang menggunakan pemproses (CPU) dari desktop untuk digunakan dalam laptop mereka demi menyelesaikan masalah perbezaan keupayaan ini.
AVADIRECT adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan laptop yang menggunakan pemproses dari jenis desktop. dari rupa luaran mungkin ianya seperti laptop biasa, namun berbeza dari segi ketebalan dan penggunaan adapter berkuasa besar 300Watt dan berat.
Keupayaan untuk menambahbaik (upgrade) laptop adalah sangat terhad. Umumnya hard disk dan RAM adalah yang paling mudah untuk dinaik taraf. Pembaca cakera optikal seperti CD dan DVD mungkin boleh di tukar, jika syarikat tersebut mengadaptasi pembaca berjenis expansion cards, iaitu yang mudah ditanggal dan dipasang semula.
Kebanyakan upgrade boleh dilakuan dengan menambah peralatan yang disambung menggunakan USB, atau slot PC card.
Daya ketahanan laptop amat rendah berbanding desktop. Disebabkan rekaannya, engsel yang menghubungkan skrin dan badan laptop, soket kuasa dan kabel adapter akan menghadapi kerosakan sedikit demi sedikit selama penggunaan harian. Tumpahan air keatas keyboard laptop boleh menyebabkan kerosakan yang teruk disebabkan komponen utama dibawah keyboard tersebut.
Alat ganti laptop lebih mahal dari desktop, dan selalunya terhad oleh model dan tidak saling ditukar ganti di antara mereka. Penggunaan power adapter luaran laptop yang padat menyebabkan ianyanya mudah rosak jika terlalu panas.
Namun sekarang sudah ada adapter universal yang berupaya digunakan oleh pelbagai jenis dan model laptop namun amatlah disarankan agar anda menggunakan adapter yang khas untuk laptop anda.
Kapasiti bateri laptop akan berkurangan dengan penggunaan harian, dan memerlukan gantian selepas setahun dua. Bateri amat mudah untuk diganti dan selalunya tidak ada skru yang mengikatnya.
Pos akan datang akan membawakan anda informasi berkenaan apa itu tablet.
Diharap maklumat diatas menjadi informasi berguna buat anda.
Sebarang komen dan cadangan bolehlah post di ruangan komen di bawah.
Sebarang komen dan cadangan bolehlah post di ruangan komen di bawah.