ads
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Wednesday, May 18, 2011

Macam mana nak bezakan antara Netbook, Laptop dan Tablet? Part 1

Ramai yang tertanya - tanya apakah bezanya netbook dan laptop. Pada tahun ini juga kita dapat lihat produk tablet semakin meluas di pasaran.

 Jadi disini saya ingin berkongsi tentang apa itu Netbook, dengan harapan agar maklumat ini dapat membantu anda mengetahui serba sedikit tentang Netbook dan ciri-cirinya.


 

Netbook adalah sebuah komputer riba yang kecil, ringan dan tidak mempunyai pembaca cakera optik untuk membaca CD, DVD mahupun disket. Di perkenalkan pada lewat 2007 sebagai satu platform yang tidak begitu mahal dan tidak berat, ianyanya didatangi dengan saiz skrin yang kecil iaitu antara 5 inci ke 12 inci. 

Biasanya mempunyai berat lebih kurang 1kg. Lebih murah dari laptop. 

Bermula tahun 2010, netbook dilengkapi dengan windows 7 starter, iaitu satu versi OS yang mana telah dibuang pelbagai fungsi, seperti mengubah wallpaper desktop.

Pemproses CPU yang digunakan adalah lebih perlahan berbanding laptop dan desktop, walaupun mempunyai kelajuan Ghz yang sama tinggi. 

Boleh dikatakan semua netbook dilengkapi dengan Wifi, membolehkan anda mengakses internet di tempat yang menyediakan perkhidmatan Wifi seperti di McDonalds, KFC dan kedai2 kopitiam yang lain.



Jika anda ingin membeli netbook, cuba cari yang tidak dilengkapi grafik Intel HD graphic untuk netbook. Ini adalah kerana pemproses grafik jenis ini tidak berupaya untuk menjana perisian yang menggunakan 3D dan direka khas untuk digunakan dalam aplikasi harian sahaja seperti Microsoft Word, Excel dan Powerpoint. 

Pada waktu artikel ini ditulis pada Mei 2011, syarikat AMD telahpun mengeluarkan sebuah pemproses CPU yang dilengkapi grafik yang bagus, dikenali sebagai teknologi Fusion. 



Terdapat beberapa model CPU fusion telah dikeluarkan oleh syarikat AMD, iaitu.
- AMD E-350 1.6Ghz (2 core) + Radeon 6310
- AMD E-240 1.5Ghz (1 core) + Radeon 6310
- AMD C-50 1.0Ghz (2 core) + Radeon 6250
- AMD C-30 1.2Ghz (1 core) + Radeon 6250

Disebelah kiri adalah CPU manakala disebelah kanan adalah pemproses grafik (GPU) yang digabungkan didalam CPU tersebut. Core melambangkan berapa banyak pemproses didalam CPU tersebut, jika 2 core bermakna terdapat 2 pemproses didalam 1 CPU.

Pemproses diatas dilengkapi pemproses grafik dari Radeon yang telah diperakui kehebatannya. Walaupun kelajuannya yang paling rendah 1Ghz berbanding pemproses dari Intel Atom iaitu pada 1.5-2.0Ghz namun grafik yang digunakan AMD amatlah berupaya untuk menjana aplikasi 3D dan Game, menyebabkan ianya lebih bagus dari Intel.

Faktor pemilihan grafik adalah faktor pertama sebelum pemilihan CPU, ini adalah kerana pemproses grafik yang baik membolehkan anda menjana aplikasi berat yang menggunakan 3D walaupun dengan kelajuan CPU yang rendah.

Jika anda menggunakan CPU yang kelajuan tinggi tetapi digabungkan dengan grafik yang tidak berupaya, walau selaju mana pun CPU tersebut aplikasi 3D dan berat tetap tidak dapat digunakan.



Jika masih mahu memilih pemproses dari Intel, pilihan  penggunaan pemproses grafik jenis Nvidia ION adalah terbaik, namun harganya amat tinggi, dan tidak berbaloi kerana hampir sama mahal dengan sebuah laptop. Perlu diingatkan bahawa tujuan netbook dicipta adalah untuk menyediakan platform yang murah, lebih murah dari laptop.

RAM pula adalah faktor ke-2 selepas pemilihan CPU. Lagi besar lagi bagus. Sekarang paling kurang pun 1GB, dan ada yang sampai 4GB.

Saiz hardisk adalah faktor yang ke-3. Tiada apa yang boleh saya katakan melainkan ambil yang paling besar jika boleh. Lagi besar lagi mahal netbook itu, jadi jika anda ingin pemproses yang bagus dalam bajet yang rendah, anda mungkin kena berkompromi dengan saiz hardisk anda.


Di post berikutnya saya akan kongsikan informasi mengenai laptop.

Diharap maklumat diatas menjadi informasi berguna buat anda.
Sebarang komen dan cadangan bolehlah post di ruangan komen di bawah.
Terima Kasih


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...