ads
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Tuesday, May 17, 2011

Macam mana nak tahu apa itu iPad?

iPad, adalah sebuah komputer berjenis tablet yang direkacipta oleh syarikat Apple. 



Di pasarkan sebagai platform multimedia serbaguna dimana pengguna boleh membaca buku (e-book), menonton video, mendengar musik, bermain game dan melayari internet. Saiz skrinnya adalah 9.7 inci. Kamera pula hanya  terdapat pada generasi kedua.



Penggunaan iPad adalah sama seperi iPhone dan iPod, iaitu melalui skrin multi sentuh yang membolehkan pengguna menggunakan lebih dari satu jari untuk menekan. Teknologi skrin yang digunakan adalah jenis pengaktifan tekanan berbanding jenis yang biasa pada smartfon iaitu pengaktifan haba.Skrinnya tidak menampakkan kesan cap jari dan tahan calar.



Skrinnya juga boleh mengubah tahap kecerahannya secara automatik bergantung pada kecerahan persekitaran.

iPad dilengkapi accelerometer, dimana ia boleh mengesan samaada anda menggunakannya dalam keadaan menegak ataupun melintang. Ianya sangat berguna dalam navigasi permainan game yang mana anda hanya perlu menyengetkan iPad anda untuk bergerak ke-kiri atau ke-kanan. iPad generasi ke-2 dilengkapi gyroskop, khas digunakan untuk aplikasi dan permainan.



iPad pertama di lancarkan pada April 2010 dan telah terjual sebanyak 3 juta dalam masa 80 hari. Sehingga mac 2011, sebanyak 15 juta iPad telah terjual.


iPad generasi ke-2 telah pun dilancarkan pada 2 Mac 2011. Ianya 33 peratus lebih nipis dari generasi sebelumnya.


 Kiri adalah iPad 2 manakala di sebelah kanan iPad generasi pertama

Dilengkapi pemproses CPU dual core A5 yang mana lebih pantas 2 kali ganda dari sebelumnya. 




Kamera disediakan pada bahagian depan dan belakang iPad tersebut. 





iPad mempunyai pembesar suara (speaker) terbina dalam, dan terdapat pengawal volume di sisi kanan iPad tersebut. disertakan dengan audio-out jack, membolehkan sambungan ke headphone. Juga terdapat mikrofon terbina dalam.




iPad dilengkapi bateri berjenis Lithium ion polymer (LiPo). Memerluan sambungan USB untuk mengecas, namun hanya boleh dicas secara effektif menggunakan pengecas charger yang disediakan kerana USB pada komputer biasa hanya terhad kepada 500mili Amprere, manakala bateri iPad memerlukan 2 Ampere (2000mili Ampere) untuk dicas.

Pada waktu artikel ini ditulis (Mei 2011) iPad generasi pertama boleh didapati pada harga RM1,199 dilengkapi 16GB kapasiti penyimpanan, manakala untuk 32GB dan 64GB boleh didapati pada harga RM1,499 dan RM1,799.

Semua iPad dilengkapi WiFi, namun jika anda ingin iPad dilengkapi teknologi 3G, anda perlu menambah RM400. Model 3G dilengkapi dengan sistem GPS.

iPad hanya boleh digunakan bersama aplikasi yang dimuat turun dari Apple Apps Store. iPad boleh menjalankan hampir semua aplikasi dari iPhone. Aplikasi yang disertakan bersama adalah Safari, Mail, Photos, Video, Youtube, iPod, iTunes, App Store, iBooks, Maps, Notes, Calendar, Contacts dan Spotlight search.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...