Kali ini saya nak berkongsi tentang kelemahan dan kelebihan TV LCD.
TV LCD menggunakan tenaga elektrik jauh lebih rendah dari TV plasma dan tidak menghasilkan haba sebanyak Plasma.
TV LCD sesuai untuk
paparan di kawasan terang.
Teknologi LCD sangat sesuai untuk permainan Video dan Paparan untuk komputer.
Tiada masalah "burn-in" iaitu imej kekal yang terhasil akibat paparan statik yang terlalu lama hingga meninggalkan bayang walaupun telah di tutup.
Paparan LCD terutamanya jenis TN adalah terhad dimana jika dilihat pada sudut terlalu tepi, warna paparan akan berubah. Juga tidak boleh dilihat dari sudut atas. Ini adalah penting kerana jika anda ingin meletakkan TV anda di hadapan sofa yang mana posisi sudutnya terlalu tirus, berkemungkinan besar penonton di sofa tersebut tidak dapat melihat dengan jelas paparan TV anda.
Skrin LCD tidak menggunakan gas, maka tiada masalah pada kedudukan altitude yang tinggi tidak seperti teknologi Plasma.
Diharap maklumat diatas menjadi informasi berguna buat anda.
Sebarang komen dan cadangan bolehlah post di ruangan komen di bawah.
Terima Kasih