ads
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Tuesday, May 31, 2011

Windows untuk Tablet akan dipertonton minggu ini

Menurut sumber dari Bloomberg, syarikat gergasi terkenal Microsoft akan memperkenalkan OS berasaskan Windows yang di buat khas untuk tablet.


Selama ini pasaran OS untuk tablet dikuasai oleh Apple iOS yang khas untuk tablet iPad manakala Google Chrome untuk pasaran tablet lain. 

Syarikat Microsoft itu juga akan menunjukkan penggunaan perisian skrin sesentuh yang menggunakan perkakasan Tegra chip, dari syarikat Nvidia, iaitu syarikat yang terkenal dengan rangkaian kad grafik Geforce.

Microsoft dikatakan seakan terdesak untuk menggunakan Windows untuk menyaingi Apple, yang mana telahpun mendominasi pasaran tablet untuk sekian lamanya. 


Walaubagaimanapun OS tersebut tidak akan dilancarkan sehingga tahun depan. Sungguhpun begitu, Microsoft bersungguh sungguh ingin menunjukkan kepada dunia bahawa mereka juga tidak akan ketinggalan dan ingin menagih sokongan dari syarikat pembuatan komputer dan pengeluar chip.


Nvidia Tegra adalah sebuah mikrochip yang berasaskan teknologi ARM yang kini mendominasi semua sistem tablet di pasaran. 



Chip berasaskan ARM juga digunakan dalam rangkaian tablet iPad dan tablet yang dijana oleh Android.

Sumber berita dari Bloomberg


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...