ads
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Wednesday, June 1, 2011

Ultrabook sebagai pencabar iPad?

Syarikat chip gergasi Intel kini dalam usaha untuk menyaingi pasaran tablet yang didominasi oleh iPad dan tablet lain dengan mengeluarkan laptop yang nipis dipanggil "Ultrabook".

Ultrabook dikhabarkan mempunyai ketebalan kurang dari 1 inci, bateri yang boleh tahan sehingga sehari dalam mode tersedia (Standby) dan boot up dalam masa beberapa saat sahaja.

Sebagai perbandingan iPad generasi pertama merekodkan 24 saat masa boot up manakala iPad 2 memerlukan 22 saat. Tablet Motorola Xoom pula mencatatkan rekod boot up selama 34 saat!





Syarikat itu cuba untuk membolosi pasaran pengguna computer nipis dan mudah dibawa, walaubagaimanapun cuba untuk membawa rangkaian baru bernama "Ultrabook" itu daripada menggunakan platform "Tablet"

Walaupun Intel begitu berjaya dalam pasaran komputer laptop, desktop dan server, syarikat itu menghadapi kesukaran menterjemahkan kejayaannya itu kedalam pasaran ini. Apple iPad dijana oleh chip bukan dari Intel, begitu juga dengan tablet lain seperti dari Motorola Xoom dan Samsung Galaxy Tab.

Ultrabook pertama adalah hasil usahasama syarikat itu bersama Asus, dengan model UX21 ASUS Ultrabook.






Ianya dijana dengan pemproses CPU generasi kedua Intel Core, iaitu keluarga "Sandy Bridge" , yang membenarkan pembina sistem komputer untuk menghasilkan platform itu dalam lingukan ketebalan dibawah 0.8 inci.

Generasi akan datang pula akan dijana oleh pemproses dari keluarga "Ivy Bridge", dan dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun 2012.  Generasi ke 3 pula akan menyaksikan chip dari keluarga baru "Haswell".


Walaubagaimanapun ada yang berpendapat bahawa produk ini cuma untuk menyaingi MacBook Air, sebuah laptop keluaran Apple yang mempunyai ketebalan yang sangat nipis.

Syarikat Intel itu begitu yakin bahawa segmen pasaran baru ini yang mana akan berada diantara pasaran tablet dan laptop akan menyaksikan peningkatan penggunaan chip dari syarikatnya sehingga 40 peratus di akhir 2012 nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...