Walaupun pasaran tablet seakan sudah tepu dengan pemproses dari ARM, ini tidak bermakna AMD akan lepas tangan sahaja.
Diwar warkan di Computex 2011 di Taipei yang bermula 31 Mei hingga 4 Jun ini, AMD melancarkan siri AMD Z APU (Advance Processing Unit) khas untuk pasaran tablet.
AMD Z-Series, dengan kod namanya "Desna", telahpun bersiap sedia untuk dilancarkan serta merta, iaitu model Z-01.
Mempunyai 2 pemproses dalam satu pekej, pemproses ini sama dengan pemproses Fusion seperti saya terangkan sebelum ini di sini.
Cuma yang membezakannya adalah penggunaan kuasa yang lebih rendah, iaitu 5.9Watt sahaja berbanding 9Watt sebelum ini. Mempunyai kelajuan yang sedikit lebih rendah, ianya dilengkapi pemproses grafik dari Radeon 6250.
Pemproses ini dijangka dapat mengatasi prestasi pemproses tablet yang lain. Walaubagaimanapun 5.9Watt kuasa yang diperlukan adalah agak tinggi berbanding pemproses dari Apple ataupun Nvidia Tegra 2, walaupun kedua-duanya berasaskan ARM. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pemproses dari Apple dan Nvidia ini bolehlah baca di sini
Produk pertama yang menggunakan pemproses ini adalah dari syarikat MSI, dengan modelnya MSI Windpad 110W. Tablet ini dilengkapi dengan skrin bersaiz 10 inci dan menggunakan OS Windows 7.
Sememangnya yang membezakan tablet ini dengan tablet yang berasakan ARM yang lain adalah ianya menggunakan Windows 7, kerana OS Android yang biasa diguna di pasaran tablet selain iPad belum adalah lagi versi yang sesuai.