ads
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Wednesday, May 11, 2011

Macam mana ni? 7.5 Juta pengguna Facebook dibawah umur!

Ha macam mana ni? Mengikut survey yang di terbitkan oleh Consumer Reports, 20 juta penggunanya adalah golongan yang sangat muda, manakala 7.5 juta adalah dibawah 13 tahun. Daripada itu 5 juta daripadanya adalah bawah 10 tahun. Wah macam mana diorang dapat access internet ni? guna Iphone ke? 10 Tahun di malaysia baru darjah 4!

Di dalam consumer report tu juga mengatakan,




ramai ibu bapa tidak mengambil kisah berkenaan anak - anak mereka yang dibawah umur itu menggunakan Facebook. Ia juga mengatakan bahawa Facebook mendedahkan kanak-kanak ini kepada ancaman keselamatan, sekuriti dan privasi. Dalam tahun lepas sahaja, Facebook mendedahkan lebih 5 juta pengguna internet di US dengan pelbagai ancaman antaranya sebaran Virus, pencuri identiti dan juga pembulian.

Pihak Facebook pula cuba mempertahankan dengan mengatakan bahawa ianya amat sukar untuk melakukan sistem had umur di internet kerana dengan mudahnya pengguna boleh menipu data peribadi yang perlu dimasukkan semasa mendaftar.

Salah satu sebab kenapa Facebook meletakkan had umur 13 tahun keatas adalah kerana akta Pertahanan Privasi kanak-kanak atas talian (Children's Online Privacy Protection Act - COPPA), akta yang dikeluarkan pada 1998 yang mewajibkan Web site untuk mendapatkan kebenaran ibubapa penjaga bagi pengguna dibawah 13 tahun.

Apa yang saya nampak ialah tanggungjawab ibubapa adalah lebih penting demi menjaga keselamatan anak-anak mereka ketika online.

Sebarang komen dan cadangan bolehlah post di ruangan komen
Sekian Terima Kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...