ads
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Wednesday, May 4, 2011

Macam mana nak belajar percuma

Kali ni saya nak kongsi tentang cara nak belajar secara percuma di Malaysia. Jika anda tak tahu, kerajaan ada menyediakan kursus percuma, yang mana anda tidak perlu bayar apa-apa pun. Tambahan lagi, jika anda bernasib baik, anda akan dapat kursus yang memberi elaun sara diri sekali!.



Ini juga adalah berdasarkan pengalaman saya, saya telahpun menikmati dan menyertai kursus anjuran MSC Malaysia, iaitu MSC jobcamp. MSC Jobcamp yang saya ambil adalah kursus animasi, Pre-production. Jika anda berminat, sila ke alamat ini http://www.cgskill.com/jobcamp.php

Kursus yang saya sertai ini mengajar macam mana untuk membuat cerita untuk sesebuah animasi atau filem. Di sini saya belajar cara nak buat skrip, storyboard, animatic, asas melukis dan pitching.
Saya sangat recommend anda ke kursus ini. Di masa saya, saya di beri elaun sebanyak RM500 sebulan, dimana kursus berlangsung selama 3 bulan.

Ada 3 jenis kursus, Pre-production animation, 3D Games Art dan 3D Animation. Pilihlah antara 3 ini, anda pasti tidak akan kecewa. Pelajaran penuh bermakna, dan jika anda cemerlang, anda berpeluang memenangi Wacom tablet yang berharga RM300 lebih!. Jadi jangan lepaskan pelunag, ianya percuma, tak perlu bayar!. http://www.cgskill.com/jobcamp.php

Jika berminat, hanya sign up email anda di page bawah link yang diberi. Anda akan diberi maklum balas dalam masa terdekat, dan jika layak, anda akan diberi ujian bertulis. Selepas ujian, jika lulus, anda akan dimaklumkan masa kursus tersebut.

Kursus ini adalah sepenuh masa, bermakna 6 hari seminggu, selama 3 bulan.

Harap anda jangan lepaskan peluang ini.
Kursus dibuka sepanjang tahun, namun ada tarikh kemasukannya.
Kadang2 website dia tak update, walaubagaimanapun hantar sahaja email anda
tarikh sebenar akan dipost  kepada anda.

Sekian untuk post kali ini
Terima Kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...