ads
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Wednesday, May 4, 2011

Macam mana nak buat kalau video tak boleh play




Pos kali ini adalah untuk berkongsi pengalaman saya masa zaman kolej dulu. Selalunya kalau buat presentation, orang selalu guna powerpoint. Tapi kadang2 kita nak guna video juga.

Kalau guna laptop sendiri waktu presentation rasanya tak ada masalah, tapi kalau kena guna komputer di lab, dimana kita perlu bawa file tersebut hanya menggunakan pendrive atau CD,  masa itulah masalah video tak boleh dibuka akan berlaku.. haha pelik kan. kenapa boleh buka kat komputer kita tapi dekat komputer lab tak boleh buka.



Mungkin anda akan berkata, player xyz tak da dalam komputer ni.

Sangkaan anda hanya 50% tepat. Sebenarnya video multimedia terdapat pelbagai format dan container. Yang popular adalah WMV, AVI, MPG, FLV, RM, RMVB, MKV. itu cuma container. Terdapat perkara lain yang perlu kita beri perhatian, iaitu CODEC.

Codec digunakan untuk decompress dan compress sesuatu video itu. Apa tu compress? compress kalau terjemah bulat2 maksudnya mampatan. Fail video yang 'raw' atau mentah adalah sangat besar. Untuk membolehkan sesuatu video itu dibawa kemana2 menggunakan pendrive usb ataupun di download dari internet, kita perlulah memampatkan video2 tersebut, supaya lebih kecik.

Berbalik pada masalah tadi, jalan penyelesaian yang mudah adalah dengan membawa sekali player yang ada built in codec di dalam pendrive anda itu. Player yang ada built in codec yang popular adalah seperti dibawah :










Player di atas ini ada built in codec yang membolehkan anda play video pelbagai format tanpa perlu install dahulu. mudah kan?

Namun jika anda menggunakan komputer sendiri, saya sangat recommend anda menggunakan :

kombinasi 3 codec ni membolehkan komputer anda memainkan sebarang video file tanpa ada masalah.


Harap tips ni membantu kepada sesiapa yang ada masalah macam ni.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan sila kongsikan bersama di ruangan komen.
Terima Kasih.

1 comment:

Anonymous said...

Salam..

Sy joe, ingin mencari penyelesaian..sy ada merakam saat2 manis ketika bercuti baru2 ini dgn menggunakan camera dan menggunakan sd scard..malangnya file d dalam sd card tu tak bole main pulak..

Filenya ada..size file pun ada..format .avi..cuma kalo check details file2 tu d dapati duratation: unknown..

Mcm mn nak setelkan ni yer..
Bantu sy..tu suma gambar honeymoon d luar negara..

Sob..sob..sob..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...