Friday, June 3, 2011

Macam Mana ni? Jual buah pinggang untuk iPad 2

Seorang budak lelaki berumur 17 tahun di negara China sanggup menjual buah pinggangnya kerana mahu membeli iPad 2 dan sebuah komputer. 

Buah pinggangnya dijual pada 22,000 yuan iaitu bersamaan RM10,218. Budak itu berkata beliau tidak mampu untuk memiliki iPad 2 itu dan bersungguh - sungguh mahukannya. 




Perubahan sikap budak itu disedari emaknya yang kemudian memaklumkan pada polis. 

Buah pinggang sebelah kanan budak itu di keluarkan di Hospital Chenzhou, dalam masa 3 jam, walaubagaimanapun dilihat tidak mempunyai peralatan lengkap untuk melakukan pembedahan seperti itu.

Kesihatan budak itu semakin merosot dan dia kesal dengan perbuatannya itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...