ads
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Thursday, June 9, 2011

Sony memperkenalkan Monitor 3D berjenama Playstation

Playstation, iaitu konsol permainan terkenal dari syarikat Sony merupakan antara konsol yang popular dikalangan pemain Games. Pada masa ini Playstation terdapat dalam 2 variasi iaitu versi konsol untuk TV dan lagi satu versi mudah alih iaitu Playstation Portable atau lebih senang dipanggil PSP.

 
Demi memuaskan lagi pemain-pemain Games ini, Sony mengeluarkan 3D monitor yang berjenama "Playstation" buat pertama kalinya semalam.
Monitor yang dilancarkan itu bersaiz 24-inci sahaja namun mempunyai resolusi paparan HD (1920 x 1080) dan berkeupayaan 3D.

Mempunyai ketebalan 35mm, salah satu kelainan monitor itu berbanding yang biasa adalah ianya dilengkapi 2 pembesar suara bersama dengan sub woofer.

Paparannya pula boleh ditonton pada sudut sehingga 176 darjah, membolehkan 2 pemain menonton paparan individu secara penuh. Umumnya pada pemain Games perlumbaan dimana jika kita bermain 2 orang, maka skrin paparan akan terbahagi kepada 2, namun paparan khas monitor Playstation ini membolehkan setiap pemain menonton paparan tersebut secara penuh (Full screen) walaupun terdapat 2 pemain. Sony berkata monitor ini adalah yang pertama di integrasikan teknologi "Quad Speed Frame Sequential Display" .

Sepasang cermin mata 3D disertakan bersama-sama skrin ini. Cermin mata ini boleh dicas semula dimana 45 minit cas bersamaan 30 jam masa bermain, manakala cas pantas selama 3 minit membolehkan pemain menggunakannya selama 3 jam.

Monitor ini dijual pada harga $499 di Amerika iaitu RM 1505. Selain dari cermin mata, turut disertakan adalah game Resistance 3 dan kabel HDMI. Ianya belum dijual di Malaysia lagi pada masa artikel ini ditulis.

Sumber : Tomsguide.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...