Kali ini saya nak kongsi cara macam mana nak guna file berformat ISO. Format ISO adalah format CD atau DVD Image, dimana 1 file ISO sama dengan 1 CD atau DVD. Saiz bergantung pada isi yang ada dalam disc tersebut. Software yang saya sendiri gunakan untuk menggunakan file format ISO ni adalah
Daemon Tools Lite http://www.daemon-tools.cc/eng/products/dtLite
anda boleh memuat turun Daemon tools lite ni secara percuma.
Setelah anda memuat turun dan install software ini, anda perlulah restart komputer anda.
Selepas restart,
anda akan dapati terdapat satu BD-ROM drive dalam "My Computer" anda.
Jika anda pengguna Vista atau windows 7, anda juga akan mendapat "Gadget" pada desktop anda.
gadget ini diperlukan untuk anda load file ISO yang anda inginkan. hanya perlu tekan Play button seperti dibawah (berwarna hijau)
Kemudian browse ke lokasi file ISO tersebut. dan klik open
Setelah open, pergi semula ke "My computer" anda dan klik BD-ROM tadi. Anda akan dapat mengakses intipati file ISO tersebut melalui BD-ROM drive ini.