Kali ini saya akan berkongsi cara macam mana nak tahu apa it spyware berserta contoh - contohnya.
Spyware secara asasnya merupakan satu sofware yang melaksanakan sesuatu perkara seperti mengeluarkan pop-up iklan, mengumpul data peribadi atau pun mengubah konfigurasi komputer tanpa perngetahuan anda.
Sesetengah spyware menyebabkan komputer anda menjadi perlahan dan kerap crash.
Spyware juga mampu mengubah home page browser anda seperti Internet explorer, firefox dan lain-lain. Spyware juga boleh install plugin atau add-on dengan sendirinya ke dalam browser tersebut.
Contoh - contoh Spyware :
CoolWebSearch - mengambil peluang keatas kelemahan di dalam internet explorer. Spyware ini akan mengubah haluan trafik anda ke website iklan (advertisment), termasuklah websitenya sendiri coolwebsearch.com. Juga mengeluarkan pop-up iklan.
Internet Optimizer, DyFuca - mengeluarkan page error di internet explorer, dimana terdapat link link yang berkaitan, dimana jika anda menekannya, anda akan dibawa ke website iklan. Juga menyebabkan anda tidak boleh mengakses website yang ada password kerana mekanisma HTTP error yang digunakan spyware ini. (Gambar diatas menunjukkan software anti-spyware Malwarebytes menjalankan tugas mengesan kehadiran Internet optimizer di dalam komputer)
Zango (180 solutions) - menghantar maklumat secara terperinci kepada pengiklan (advertiser) berkenaan website mana yang anda selalu pergi. Mengeluarkan pop-up di atas iklan saingan syarikat tersebut.(gambar diatas menujukkan website Zango dan serangannya)
Huntbar, Wintools, Adware,WebSearch - Di Install secara automatic menggunakan plugin ActiveX di jika anda melayari website yang mempunyai spyware tersebut. Juga menambahkan toolbar pada internet explorer, mengubah haluan trafic ke website periklanan dan mengeluarkan iklan (Gambar di atas menunjuk kepada serangan spyware umum keatas direktori windows)
Zlob Trojan (Zlob) - Memuat turun dengan sendirinya melalui codec ActiveX dan mengumpul maklumat peribadi. (gambar di atas menunjukkan aplikasi ActiveX)
Diharap maklumat diatas menjadi informasi berguna buat anda.
Sebarang komen dan cadangan bolehlah post di ruangan komen di bawah.
Terima Kasih
Diharap maklumat diatas menjadi informasi berguna buat anda.
Sebarang komen dan cadangan bolehlah post di ruangan komen di bawah.
Terima Kasih