Tuesday, May 10, 2011

Macam mana nak post video di youtube?


Sekarang ni ramai yang menghabiskan masa melayari pelbagai video menarik di laman youtube. Ada yang kelakar, ada yang berinfomasi, ada yang belajar memasak ada yang belajar DIY. Kadang kadang kita pun ada video menarik yang hendak dikongsi juga. Macam mana nak post video ke youtube?


 Mula-mula,


 sekali kena buat account google.


 macam mana nak buat? Click button "Create Account" berwarna biru tu.(gambar atas)

Selepas itu anda kenalah isi sikit borang. Mudah sahaja, isi email, nama nickname, tarikh lahir dan jantina. kemudian click I accept. Tapi kadang kala keluar error, "username has been taken", maksudnya nama anda telah digunapakai oleh orang lain. Maka terpaksalah anda memilih nama lain.


Selepas dah dapat nama yang sesuai, kena pulak taip kata laluan (password) yang diingini. pastikan lebih dari 5 abjad dan kombinasi huruf dan nombor adalah yang terbaik.

Kemudian isi word verification tu. yang ni kadang kala tak nampak, payah sikit.

Lepas habis tu tekan "Create my new account"

Ok yang ni pula page seterusnya dimana anda perlu isi nombor telefon bimbit anda untuk verification. nanti google akan SMS kan nombor tersebut dan anda perlulah guna nombor itu di halaman seterusnya.

Dah isi nombor kod tersebut, tekan verify.

Dah berjaya, kena pula pegi masuk melbox email anda untuk link terakhir sebelum anda boleh memuat naik video yang anda ingin kongsikan.

Setelah proses pendaftaran selesai, pergi ke halaman utama Youtube, dan di sebelah kanan atas ada perkataan "Upload" .klik link tersebut.


Anda akan masuk ke halaman di bawah

Apa anda perlu buat cuma buka folder lokasi dimana video anda disimpan di dalam komputer anda, dan kemudian drag masuk kedalam kotak putih yang disediakan.

Harap tips ni dapat membantu memuat naik video ke Youtube.
Sebarang cadangan dan komen sila post di ruangan komen ya..
Terima Kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...