Kali ini saya nak berkongsi tentang kelemahan dan kelebihan teknologi Plasma.
Kelemahan dan Kelebihan TV Plasma
TV Plasma memberikan paparan sehingga 160 darjah, dimana ianya membolehkan anda melihat dengan jelas paparan TV tersebut dari sudut tepi kiri dan kanan.
Warna yang terhasil adalah
lebih pekat kerana tube plasma menghasilkan cahayanya sendiri. TV Plasma lebih sesuai untuk paparan dalam bilik gelap.
Di pasaran Malaysia, kelihatan harga TV Plasma lebih murah berbanding LCD, dan terdapat dalam pelbagai saiz besar.
Teknologi tube plasma menyebabkan ianya lebih berat berbanding LCD. Sepertimana LCD dan CRT, Teknologi plasma terdahulu ada kelemahan dimana ianya terdedah dengan masalah "burn-in", dimana gambar yang dipaparkan secara statik dibiarkan terlalu lama, seperti slide powerpoint dan jadual penerbangan di lapangan terbang.
Plasma TV menelan lebih banyak tenaga elektrik.
Disebabkan ianya menggunakan teknologi gas, ianya tidak dapat berfungsi dengan baik jika ketinggian melebihi 6500 kaki dari paras laut .
Post selepas ini akan saya kongsikan berkenaan kelemahan dan kelebihan teknologi LCD