Kali ni saya nak kongsi informasi berkenaan perbezaan Plasma TV dengan LCD TV.
Sepertimana yang kita tahu, terdapat beberapa jenis TV di pasaran. Yang pertama ialah CRT, teknologi lama yang mana menggunakan pistol elektron keatas permukaan phosfor untuk menghasilkan warna.
Electron Gun (Pistol Elektron)
Dibawah adalah gambarajah bagaimana CRT berfungsi.
Tapi teknologi ini sudah tidak praktikal kerana saiznya yang besar dan berat, justeru diabaikan oleh syarikat - syarikat besar seperti Sony, LG dan Samsung dan mereka mengalihkan fokus kepada teknologi Plasma dan LCD.
Jadi apakah itu teknologi Plasma?
TV plasma terdiri dari banyak tube kecil pada panelnya dima setiap tube tersebut mengandungi gas dan merkuri. Seperti lampu kalimantang, apabila arus elektrik dialirkan, ianya akan menghasilkan tindak balas plasma, yang mana bertembung dengan merkuri dan menghasilkan cahaya UV. Setiap pixel, iaitu satu unit terkecil yang menghasilkan gambar pada skrin terdiri daripada 3 warna asas, iaitu Merah, Hijau dan Biru.Dibawah adalah gambar apa itu pixel.
Panel Plasma terdiri dari beratus malah beribu ribu sel pixel tersebut yang di letakkan diantara 2 plat kaca.
Bagaimana pula dengan teknologi LCD?
Teknologi LCD menggunakan sistem polarizer. Polarizer adalah satu lapisan yang hanya membenarkan cahaya lalu pada satu arah sahaja. Jika 2 polarizer disusun bertingkat dimana satunya dalam keadaan menegak dan lagi satu melintang, cahaya tidak dapat menembusinya, menyebabkan kawasan disekitar pertindihan tersebut kelihatan legap.
Teknologi LCD, iaitu Liquid Crystal Display, meletakkan satu lapisan cecair kristal diantara 2 polarizer tersebut. Lapisan elektrode (ITO) pula diletak dihadapan cecair kristal tersebut. Lapisan itu mengandungi paparan yang ingin dikeluarkan, dalam kes ini, nombor digital. Jika tiada lapisan kristal, cuma permukaan legap sahaja kelihatan. Apabila arus elektrik dialirkan kepada paparan lapisan elektrod tersebut, ianya akan mengubah haluan cahaya pada lapisan cecair kristal lalu menjadikannya legap. Ini cuma asas kepada teknologi LCD hitam putih yang digunakan pada calculator.
Teknologi LCD berwarna jauh lebih kompleks. Jika anda berminat, bolehlah membaca info selanjutnya di wikipedia
Dibawah adalah gambar skrin LCD berjenis TN dibawah mikroskop
Paparan LCD tidak mengeluarkan cahaya dengan sendiri, jadi syarikat LCD meletakkan lampu dibelakang skrin untuk membolehkan anda melihat paparan di skrin.
Di post berikutnya saya akan memberitahu anda kelemahan dan kelebihan paparan LCD dan Plasma
Diharap maklumat diatas menjadi informasi berguna buat anda.
Sebarang komen dan cadangan bolehlah post di ruangan komen di bawah.
Terima Kasih