ads
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Friday, May 6, 2011

Macam mana nak tahu seseorang itu menipu atau tak?

Adakah anda ingin mengetahui sama ada rakan anda itu menipu atau tak? Anda sangsi dengan cerita yang diluahkan rakan anda begitu menarik dan hebat?

Kali ini saya ingin berkongsi tips macam mana nak tahu seseorang tu menipu atau tak. Tips ni hanya berkesan di dunia realiti ya, jadi tak boleh di praktikkan di facebook atau blog ok.
Ketika anda bercakap dengan orang berkenaan, perhati betul – betul (8) tanda-tanda dibawah.

1 – Tengok tangan
Tengok tangan orang berkenaan. Mengikut pakar ‘body language’ atau bahasa badan, seseorang itu akan menyentuh muka dan menggosok hidung ketika sedang menipu.

2 – Tengok mata
Si penipu selalunya tidak mahu tengok mata ke mata dan kerap berkelip.




3 – Ingat apa yang mereka kata
Cara percakapan mereka akan berubah. Contohnya si penipu akan menggunakan nama sebenar orang yang di ceritakan dan bukan nama panggilan, ataupun jika mereka selalu ada loghat yang kita kenal, tiba – tiba dia tidak lagi menggunakannya.

4 – Tengok senyuman
Perhatikan senyuman mereka. Orang yang bercakap benar mengunakan banyak otot di muka ketika senyum, namun si penipu cuba bertindak ‘cool’, hanya mulut sahaja yang bergerak.

5 - Tengok Postur badan mereka
Tengok Postur badan mereka. Si penipu selalu cuba mengekalkan postur tertutup, iaitu dengan memegang kedua-dua belah tangan mereka. Mereka juga secara tidak sedar akan cuba letak sesuatu object di hadapan mereka, seakan – akan cuba berlindung dari anda, seperti meletakkan beg sandang dari tepi ke hadapan mereka.

6 – Cuba senyap seketika
Cuba anda senyap seketika sebelum memberi respon. Kemudian lihat tingkah laku orang tersebut. Jika mereka kelihatan tidak senang duduk dan macam cacing kepanasan, kemungkinan besar dia menipu.

7 – Dengar apa-apa yang dia terangkan secara terperinci
Dengar apa-apa yang dia terangkan. Jika mereka cuba menerangkan dengan lebih terperinci dari biasa, kemungkinan dia menipu. Orang menipu selalu cuba memberi maklumat yang lebih terperinci daripada orang biasa.

8 – Cuba tukar subjek perbualan
Setelah mendengar apa yang mereka katakan, cuba ubah subjek perbualan. Jika anda melihat mereka kelihatan lega, kemungkinan cereka lara yang dipersembahkan kepada anda hanyalah filem hindi blockbuster (maksudnya tipu la tu)

Harap tips ini membantu anda mengesan sama ada rakan anda menipu atau tak.
Secara komen dan cadangan bolehlah di post di ruangan komen di bawah.
Terima Kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...