Macam mana nak download video dari youtube? Puas dah cari button download x jumpa-jumpa.
Video menarik perlu dikongsi bersama, mana tahu nak tunjuk rakan kat kelas atau pejabat, nak masukkan dalam pendrive.
Memang tak akan jumpa, sebab memang tak ada. Tapi masih ada cara nak download juga, caranya ialah :
1 - Jika anda pengguna firefox, install extension flashgot http://flashgot.net/
dekat bahagian kiri page tu ade button Install (sila klik gambar utk saiz besar)
selepas anda tekan, firefox akan pop-up dan bertanya "Allow extension". Tekan sahaja "Allow".
selesai, anda perlu restart firefox anda
Selepas firefox anda dibuka semula, anda akan dapat lihat extension tersebut pada menu tools, Flashgot. Jika anda hendak download video youtube, anda perlu pergi ke laman video tersebut terlebih dahulu, dan kemudian baru pergi tools -> flashgot.
Di dalam tersebut akan ada menu bertulis "Flashgot Media" kemudian ada nombor di dalam bracket. Klik menu tersebut dan anda akan memulakan process memuat turun video tersebut.
Kadang kala dalam satu laman video akan ada lebih dari satu video. Jika ianya berlaku, pergi pada
menu Tools -> Download dan cancel video yang tak diperlukan.
Kesemua video adalah sama, cuma berlainan kualiti. jika anda mahu yang berkualiti, pilih saiz yang paling besar sahaja untuk di muat turun, dan cancel yang lebih kecil
Harap tips ni dapat membantu.
Oh jika anda ingin membawa file ini ke dalam pendrive untuk play kat komputer lain contohnya kat pejabat, dan takut tak boleh play, jangan lupa lihat tips ni
Sebarang pertanyaan atau komen atau cadangan di ruangan komen dibawah.
Sekian Terima Kasih