Jika anda nak tahu, setiap monitor skrin tak kisahlah skrin komputer, TV, laptop semuanya menghasilkan warna yang tidak sama. Lagi-lagi kalau jenama lain-lain. Boleh nampak perbezaannya. Mungkin anda tak kisah sekarang ni, janji boleh tengok sudahlah. Tapi jika anda ingin mencetak apa apa hasil kerja berwarna atau gambar atau artwork yang dihasilkan dengan apa apa software seperti photoshop, masa itu lah anda akan pelik kenapa warna yang di print tak sama dengan di skrin.
Mungkin anda meneka tentang penggunaan RGB dan CMYK (bagi yang tahu pasal grafik).
Tapi ada juga sebab lain.
Satu sebabnya ialah :
Color calibration atau Penalaan warna. Kalau penalaan warna monitor skrin anda tak betul, warna yang dipaparkan akan lari dari spesifikasi asal. contoh seperti dibawah
Anda inginkan warna merah seperti di bahagian kiri sekali tapi apa yang terhasil bila print adalah warna merah juga tapi mempunyai hue seperti pink (lihat contoh tengah) ataupun yang kanan sekali
Ini adalah kerana apa yang anda nampak di skrin tak sama dengan kod warna yang direkodkan oleh komputer.
Untuk mengatasi masalah ni, kita boleh menala (calibrate) warna pada komputer kita... Caranya ialah :
Oh ya, sebelum itu saya ingin ingatkan bahawa fungsi ini hanya ada pada window 7.
1 - Mula - mula right click pada desktop anda di ruangan yang kosong. Kemudian pilih "Personalize"
2 -Kemudian lihat bahagian bawah kiri, kat situ ada link untuk "Display"
3 -Selepas itu lihat bahagian kiri atas. Ada link "Calibrate Color" kat situ. Klik link tersebut.
4 - Window Display Color Calibration akan keluar.
5 - Sila ikut arahan yang diberikan.
6- Di ruangan adjust gamma, set kan slider tersebut sehingga warna ditengah kelihatan selari dengan persekitarannya.
7 - Di ruangan brightness dan contrast, jika anda mengunakan laptop, anda boleh skip setting ini dengan menekan butang "Skip brightness dan contrast adjusment"
Yang terakhir adalah color balance slider. kat sini anda kena pastikan dengan teliti warna kelabu (grey) yang dihasilkan adalah yang paling asli sekali. cara paling mudah ialah dengan mengambil apa2 benda yang berwarna kelabu seperti handfone anda, kotak pensel ataupun pendrive (apa apa je warna kelabu) dan bandingkan.
Setelah selesai semua ujian tersebut, anda boleh tengok perbezaan sebelum dan selepas penalaan (calibration).
Harap tips ini membantu.
Sebarang cadangan dan komen sila post di ruangan komen di bawah.
Terima Kasih