ads
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Monday, May 9, 2011

Macam mana nak buat kalau komputer anda dah tak boleh masuk windows

Kali ni saya nak kongsi macam mana nak buat kalau komputer anda tiba tiba dah tak boleh masuk windows. Proses yang ditunjukkan dibawah hanya untuk membolehkan anda masuk windows buat kali terakhir dan backup fail dokumen anda di dalam desktop, my documents (atau Library dalam Windows 7). Fail-fail pada hardisk selain c: tidak perlu di backup. namun amatlah disaran untuk berbuat demikian.

Saya menggunakan contoh Windows 7 disini, tapi


cara ini boleh diaplikasikan pada Windows Vista dan Windows XP. menu yang terpapar pada windows lain mungkin berlainan dari segi susun aturnya dan lokasi tapi saya pasti menu yang perlu anda pergi tidak jauh bezanya dari segi namanya.

Ini adalah cara yang paling terdesak sekali, dan peratusan berjaya hanya 50-50. Mula2 bila start komputer, tekan key F8 pada keyboard anda berulang kali sampailah masuk satu menu khas.
Di situ tertera pelbagai menu, antaranya :

Repair your computer
Safe Mode
Safe Mode With Networking
Safe mode with Command Prompt
dan sebagainya

Dibawah adalah contoh paparan menu untuk windows Vista dan XP



Dibawah adalah contoh paparan menu untuk Windows 7


Pilih safe mode dan tekan enter
Kemudian sila bawa bersabar kerana loadingnya selalunya lebih lambat dari biasa. Perhatikan lampu CPU berkerja pada laptop atau desktop anda. Langkah selepas ini hanya boleh dilakukan jika anda berjaya masuk window dalam keadaan "Safe Mode", mungkin 5 minit, mungkin 10 minit. Kalau tak masuk juga malang sekali komputer anda mungkin tiada harapan untuk masuk windows dan ini memerlukan anda untuk format sepenuhnya.

Jika berjaya masuk, skrin akan memaparkan Logon interface dimana anda boleh pilih username yang anda ingin login. Mula2 cuba dengan nama login yang anda selalu guna. Kalau tak boleh, gunakan Administrator (cuba kosongkan ruangan password dan tekan enter). Jangan masuk Guest kerana anda tidak anda kelayakan Admin (Administrator privilage) untuk melakukan proses pembaik pulih.

Setelah berjaya, anda akan dapati rupa windows anda idak sama seperti anda selalu lihat. Mungkin juga akan keluar pop-up untuk "System restore", sila abaikan.

Setelah berjaya, tekan Start menu, pilih Run untuk Windows XP, atau taip sahaja di ruangan "Search". Taipkan msconfig dan tekan enter.




jika berjaya masuk, Di tab general, pilih Selective startup, dan "untick" Load system service dan Load startup item.

Setelah itu klik OK. Anda akan ditanya samada anda mahu restart komputer anda. Sila pilih restart.

Dan cuba masuk window tanpa menekan butang F8 pada keyboard. Jika berjaya, backup fail - fail penting pada backup fail dokumen anda di dalam desktop, my documents (atau Library dalam Windows 7). Fail-fail pada hardisk selain c: tidak perlu di backup. namun amatlah disaran untuk berbuat demikian.

Harap tips ini membantu.

Sebarang komen dan cadangan bolehlah post di ruangan komen.
Sekian Terima Kasih

16 comments:

Anonymous said...

Thanks. .Amat membantu :-)

Unknown said...

kenapa saya punya hanya keluar "Please wait..." terlalu lama dan tiada perubahan.. mohon pertolongan..

Jue Leeny said...

Sya dah cuba tp masalah masih sma..ada cara lain tak.

Jue Leeny said...

Sya dah cuba tp masalah masih sma..ada cara lain tak.

Jue Leeny said...

Sya dah cuba tp masalah masih sma..ada cara lain tak.

Gadis Loading said...

Terima Kasih. Menjadi. Hahaha. Tapi saya tekan START WINDOW NORMALLY JE. ApA2 pun thank. Kalau tak 3 hari 3 malam mereput tunggu PC bukak

Johnny sins said...

http://YouthToEarn.com/?ref=220362
WANT TO EARN 900 USD PER DAY?

useless
FREE OF ANY je .. No fee is charged (if the program is cheating, you are NOT ANY loss because there were capital Exit). You only need to open the link below and sign up. You will then be free USD20 x4.4 = RM81.60 After link can liberate your Self, I copy this paragraph. paste to Facebook, Twitter, etc .. EVERY Whataspp people may go to your link, you will be paid. EASY right ?? You can choose nk Entered Into Account Or check in the mail to your home address. Remember !! You are NOT ANY loss.
Not Just Help You Only even able to assist people lying. Believe it if you do not, join the first. Know your new kinds mana.klik this link and register your name sahaja.CLIK LINK http://YouthToEarn.com/?ref=220362
Once at first did not believe I saw usd 50
Minimum USD300 ... new revoke
Klu reduced list, do not lay groups Forgot post, facebook WHAT shall Social media ... Multiple profit

Mas Mohamad said...

Terima kasih..sgt membantu

Unknown said...

Terima ksh atas info2 diatas..sgt2 membantu prob laptop sy..

Unknown said...

Saya punya key f8 tidak dpat masuk ada cara lain tak nak masuk safe mode

beruang comot said...

Sya punye kluar please wait dan lepas tu dia mcm loading smua windows files.

Unknown said...

Thanks

Unknown said...

Sama je xda perubahan

Unknown said...

Cmana cara car laptop dpt akses..hnya gambar dlm lptop shj keluar..depan skrin xkeluar

Unknown said...

Sy mngalami msalah awk juga. Bole tahu apa awk buat utk pulih kn dia smula..? Sy bru bli komp 2 hri.. Sy update window 10 tp now da 2 hri komp sy hnya klua screen biru dan please wait.. Sedih nye.. Sy bru nk blja komp.. Sy ta tahu apa pon psl komp.. Mohon bri pnjelasan.. Tq in advnce 🙏😔

Unknown said...

Tu bluescreeen.kalau elektrik tak kuat atau kable tak rapat pasang amd banyak lagi la

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...